
\
JOM KE PESTA KOMUNITI SAINS 2026!
Anjuran Fakulti Sains, Universiti Malaya dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Seri Pantai.
Bawa anak-anak, keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati keseronokan dunia sains melalui pelbagai aktiviti menarik!
Dirasmikan oleh : YB Dato' Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

18 Oktober 2026 (Ahad)
8.00 pagi – 1.00 petang
PPR Seri Pantai, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Julung-julung kalinya, program seumpama ini dibawakan oleh Universiti Malaya khas untuk komuniti setempat. Semua penduduk Lembah Pantai dan kawasan sekitar dijemput hadir!
Antara aktiviti yang menanti anda:

Pameran dan eksperimen interaktif daripada pelbagai bidang sains seperti Biologi, Fizik, Kimia, Geologi, Matematik serta Sains dan Teknologi
Aktiviti menarik untuk semua peringkat umur
Forum dan sembang santai bersama para penyelidik
Cabutan bertuah serta hadiah menarik
PERCUMA dan terbuka kepada semua!
Jangan lepaskan peluang untuk belajar, mencuba dan meneroka dunia sains bersama-sama.

Sentuh. Cuba. Teroka.
Jumpa anda di sana!

Untuk pertanyaan:
En. Mohammad Talib: 011-59125454

Dr. Siti Jariani Mohd Jani: 013-3440398